Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

Nombor Telefon Tuhan?

by: Joker
Total views: 1758
Word Count: 230
Comment Count: 2

Kekadang menyembang dengan orang tua ni kelakar pun ada, terasa 'bunk' pun ada. Kena pulak yang kita tengah hadap tu bukan alang-alang orang. Agaknya pada mata dia, seronok kot tengok kita terkulat-kulat mencari jawapan. Lepas tu dia senyum sumbing je tengok gelagat kita.

Begitulah pengalaman aku 8-9 tahun dahulu. Ini lah ceritanya:

"Tahu nombor telefon Allah Taala?" Tetiba je aku di tanya orang tua ni.

"Hah?!" Dalam kepala aku dah nampak pondok telepon je.. pondok telepon telekom tu lah, yang warna biru tuu.. hebat orang tua ni, nombor telepon Allah Taala pun dia buleh tau. AKu dah merangka-rangka nak telepon juga selepas ini! Masa tu handphone masih lagi 'rare species'.

"Hah, cepat salin!"

Beria-ria aku carik pen dengan kertas. Pergh! aku rasa memang best betul masa tu... apa tidaknya, aku bakal menerima nombor telepon Allah Taala dan lepas ni aku buleh 'call' DIA!. Sapa tak rasa best!?

"Tiga, empat, dua, empat, empat!"

Aiik..? apasal 5 nombor je? setau aku paling kurang nombor telepon kena ada tujuh digit (Masa ni nombor telepon 7 angka saja). Agaknya nombor 'special' kot? Musykil betul aku.

"Apasal 5 nombor je pakcik?"

"Ye la, tiga maghrib, empat isya', dua subuh, empat zuhur dan empat asar!"

mmmmmmph! jenuh aku kena ketawa! apa punya benak aku ni.

Memang betul lah, sewaktu kita bersolat itu kita sedang berinteraksi dengan DIA. Maknanya kita 'call' DIA! Sedangkan waktu azan itu, DIA yang 'call'.

34244... cuba la dail. gerenti dapat! tak pernah 'engage'!

About the Author


Rating: 0.00

Comments

May 28th 2007, by Hamdan
boleh plak duk main2? ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
--
[url]www.gabungan.net.my[/url]

Jul 1st 2008, by putrisalju
so...jgn tggl smyg k...
--

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.