Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

Memorandum permohonan cuti sakit

by: matlempang
Total views: 2167
Word Count: 224
Comment Count: 1

DARIPADA:PIHAK PENGURUSAN
KEPADA:PIHAK YG DIURUSKAN
SALINAN KEPADA:PIHAK YG MEMBACA

PER:PERMOHONAN CUTI SAKIT


Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan telah mencapai kata sepakat akan cara-cara permohonan cuti yg akan diwartakan.
  1. Setiap staf diberi cuti 20 hari dalam setahun.Cuti yg berbaki tidak dibenarkan dibawa pada tahun hadapannya.Bagi cuti sakit pastikan anda melampirkan bukti-bukti yg boleh dipercayai dan pastikan anda benar-benar sakit.Kalau tidak itu cari penyakit namanya.
  2. Staf yg mendapatkan rawatan di luar klinik pakar yg telah ditetapkan oleh pihak syarikat,hendaklah mendapatkan bukti yg menunjukkan anda benar-benar sakit.Bagi yg mendapatkan rawatan cara kampung seperti bomoh,pastikan anda menyediakan satu surat bukti yg ditandatangani oleh pihak terbabit.Surat tersebut hendaklah berformat A4 dan double spacing.
  3. Bagi staf perempuan yg cuti bersalin, anda diberi cuti 3 bulan dan 3 tahun sekali sahaja.Jadi rancanglah dengan suami anda untuk mengelakkan perkara yg anda ingini tapi kami tak ingin.Bak kata pepatah,terlajak perahu gear reverse mana ada.Staf lelaki diberi cuti 10 hari sahaja.Jangan nak lebih-lebih.Anda bukannya yg bersalin.
  4. Permohonan cuti sakit hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan sijil sakit(MC kata orang putih).Permohonan cuti sakit yg dikepilkan bersama-sama dengan kotak ubat batuk cap ibu dan anak ataupun kotak ubat pil cheik ke te aun akan ditongsampahkan.
  5. Bagi yg sakit kepala,sakit sengal-sengal badan,sakit hati,sakit putus cinta,sakit sedang ingin bercinta mahupun sakit galak nak bercinta tidak dikira sebagai cuti sakit.Hantar permohonan selewat-lewatnya sebelum habis waktu pejabat pada keesokan harinya.Harap maklum.
“BERAKIT-RAKIT KE HULU,BERENANG-RENANG DITEPIAN,
BERSAKIT-SAKIT DAHULU,HANTAR BORANG MC KEMUDIAN”

YANG BENAR,
DATUK CK




About the Author


Rating: 5.00

Comments

Jan 11th 2008, by kaspersky
napela budak ni pandai wat lawak
--

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.