Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

Lawak cikgu dan anak murid

View PDF | Print View
by: matlempang
Word Count: 337
Date: Thu, 26 Jun 2008 Time: 10:08 PM
0 comments

PART I

Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya.. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.

Cikgu Nasyor: "Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"
Mat : "Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."


PART II

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III
Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART V

Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

About the Author

zul_randy@yahoo.com.my


Rating: Not yet rated

Comments

Fri, 27 Jun 2008 at 11:00 AM, by ubye86
ok la,bt aku tersenyum..

Fri, 27 Jun 2008 at 8:53 PM, by anna2
ha ha.... thanks a lot matlempang.... lawak ni dapat buat anna senyum lebar...

Fri, 11 Jul 2008 at 5:22 PM, by syamok
ok la wat aku gelak cikit

Thu, 7 Aug 2008 at 9:23 PM, by flanker_stj
aku gelak byk...hahahaha

Mon, 3 Nov 2008 at 3:48 PM, by trans_formers41
lawak kat part 2 je.....tapi lawak ge

Thu, 20 Nov 2008 at 7:33 AM, by riffzz
aku suke lawak part 3...haha..

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.