Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

KAYA

by: eyra94
Total views: 699
Word Count: 251
Comment Count: 6

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya ... "Anak nak ke mana?". Si mamat menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm...bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati simamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???" Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati,"Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?" Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak" Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?" Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana". Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik." Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta. Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.

About the Author


Rating: Not yet rated

Comments

Sep 14th 2008, by epieqa
hahaha...nonsense...well creative after all..
--

Sep 14th 2008, by puteri_ayam
heheheh...bijak..bijak...
--

Sep 16th 2008, by chembam
lawakn sgt222222,hlang ngantuk aku ni
--

Sep 16th 2008, by rotkappchen
wah klaka la. thumb up utk ko!!!
--

Sep 19th 2008, by anna2
ha ha ha..... memang lawak.....
--

Oct 17th 2008, by princess_lawak
i vote epieqa
--

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.