IMAM DAN MAKMUM - KES BELAJAR TAK SEMPURNA
by: prankzappa
Total views: 456
Word Count: 172
Comment Count: 6
Dalam sebuah surau terdapat sekumpulan remaja yang cuba mempraktikkan solat berjamaah padahal mereka semua baru belajar peringkat permulaan. Selesai azan dan qomat yang paling senior pun jadi imam. Malangnya ketika sujud akhir rakaat pertama imam tidak sengaja "terlepas" angin. Angin bukan jenis kuat tapi jenis silence. Solatnya sudah batal kerana keluar angin. Lama dia berfikir dalam keadaan sujud dan berfikir apa yang harus dilakukan. Secara senyap-senyap imam yang belajar tak habis ni angkat kaki dan keluar ikut tingkap.
Jemaah dibelakang sujud bukan main lama. Akhirnya oleh kerana sujud sudah begitu lama maka makmum yang berada di belakang imam pun mendongak sedikit kerana dalam hati "apahal sujud punya lama ni" dan alangkah terperanjatnya dia melihat imam sudah tiada. Maka dia berfikir "macam mana aku nak ambil tempat imam sedangkan semua dalam keadaan sujud". Maka dalam keadaan sujud itulah dia merangkak ke hadapan perlahan-lahan sambil dahi masih mencecah di tempat sujud menjadikan dia kelihatan menyondol.
Ni lah akibat dia kalau belajar solat tak lengkap dah nak solat berjamaah.
About the Author
Rating: Not yet rated
Comments
agaknyer sape lar yg nak pnohkan tmpt makmum yg jadi imam tuh...!ntah2...makmum sblah mmenohkan tmpatnyer begitu jugak lar smpai ke akhir kat blakang...akhirnye semua begerak..!!haha
--
bleh tahan lawk ko...tapi yang lebih lawak sampai aku ketawe kuar airmate coz bace korang punye komen....
--





