Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

HARAM SOLAT JIKA PAKAI TALI LEHER

by: prankzappa
Total views: 651
Word Count: 208
Comment Count: 4

Lawak ni biasa ustad-ustad bercerita untuk menghilangkan mengantuk mereka yang sering tertidur ketika mendengar ceramah agama

 


 

"Tidak ramai yang tahu HARAM DAN TIDAK SAH SOLAT sekiranya seseorang itu memakai tali leher ketika solat" ustad dengan tegas memberikan "fatwa"nya....

Tiba-tiba seorang yang mendengar ceramah bangun dan menegur Ustad tersebut...

"Saya keliru dengan pendapat Ustad kerana terlalu ramai orang memakai tali leher ketika solat malahan pegawai-pegawai dari pejabat agama yang solat pun tidak pernah menanggalkan tali leher mereka ketika solat...

Begitu tegas sekali murid tersebut dan dengan suara keras menambah ...

"Apakah  hanya disebabkan tali leher berasal dari barat maka kita mengatakan HARAM DAN TIDAK SAH SOLAT jika kita memakainya ketika solat....!!!??"

Ustad memandang ke arah murid tersebut lalu Ustad tersebut berkata "Oh yang anda lihat tu ialah orang-orang yang mengerjakan solat lengkap berpakaian seluar, baju dan bertali leher.... Apa yang saya maksudkan HARAM DAN TIDAK SAH solat seseorang itu jika dia hanya memakai tali leher tanpa seluar dan baju....."

Pendengar ceramah yang tegas itu tadi pun mula membayangkan seorang yang solat tanpa pakaian tapi hanya bertali leher sedang sujud lalu ketawa terbahak-bahak dengan diikuti oleh mereka-mereka yang lain.....



About the Author


Rating: 0.00

Comments

Aug 25th 2008, by anna2
hik hik... lawak ah...
--

Aug 28th 2008, by omegadragon
boleh tahan....
--

Sep 2nd 2008, by groove5571
kalau sah aku dah buat dah
--

Sep 5th 2008, by avast
haha..ngok ngek groove5571 ni..main2 lak ko
--
a.k.a kaspersky

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.