CERITA-CERITUN
by: Guest
Total views: 445
Word Count: 276
Comment Count: 4
TWO ROUND
Al kisah pada satu hari ada seorang pelancung, dia menaiki taxi tapi dalam perjalanan dia berkata kepada pemandu taxi..
' Shaya mau two round ' kata pelancung
' ya..ya..ya... .. ' jawab pemandu taxi
' Shaya mau two round ' kata pelancung lagi.
Lalu
pemandu taxi itupun membawa beliau keliling bandar bagi memenuhi
kehendaknya. Tiba tiba pelancung tadi terkencing dalam kereta. Pemandu
taxi sangat marah... 
' U must tell me first before U dot..dot..dot.' kata pemandu.
' Shaya sudah bilang shaya mau two round, shaya mau two round tapi kau tidak kasi two round sama shaya ' jawab pelancung. 
Pemandu taxi menggeleng kepala... :0
Citer orang sakit
Atas saranan doktor, Mamat dihantar
untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya
di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub
getah kiri dan kanan.
Beberapa jam kemudian, seorang pesakit
dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak
bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya
lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia
mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata: "United
Kingdom..."
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."
Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.
Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".
Habis
itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka
berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. "Birmingham..." kata si
Mat Saleh.
Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.
Tak
lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat
Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."
Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"
About the Author
Rating: Not yet rated





