Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

Asal nama 'KANADA'

by: Guest
Total views: 2071
Word Count: 329
Comment Count: 0

Al-kisah konon terciptanya nama Kanada

Nama sebuah negara di sebelah Amerika Syarikat dicipta oleh seorang pelari jarak dekat yang terkenal di dunia .Dia mendapat nama tersebut daripada perkataan melayu.

         Ceritanya begini….pada satu masa dahulu di tempat lahir pemuda itu tidak mempunyai sebarang nama,bukan itu sahaja,negara tersebut juga mempunyai undang-undang yang ganjil.Pemuda itu telah di hukum buang negeri kerana melakukan kesalahan tidak berlari semasa berada di luar rumah seperti apa yang telah ditetapkan oleh pemerintahnya.Pemuda itu telah membuat surat rayuan,maka hukumannya diringankan.Dia disyaratkan mencipta satu nama bagi negara tersebut dalam masa 3 bulan sambil berlari.

          Dalam pada itu di sebuah negara Tanah Melayu,tinggallah seorang pemuda Melayu yang bernama Seman.Dia sangat suka merantau dari satu tempat ke tempat yang lain.Sampai di salah satu negara yang dilawatinya dia berasa hairan kerana semua penduduknya suka berlari,tak kiralah sama ada berlari pantas ataupun berlari perlahan.

          Apabila pulang ke Tanah Melayu diceritakannya kepada rakannya yang lain.”Mana ada!”kata rakannya tidak percaya dengan cerita Seman itu”Mana ada orang berlari sepanjang hari….buat penat badan saja!”

          Tidak berapa lama kemudiannya,setelah mengumpul duit tambang,Seman pun membawa rakannya ke negara tersebut untuk membuktikan bahawa kata-katanya adalah benar belaka.

          Setelah hampir dua bulan setengah mereka berlayar,akhirnya sampailah ke negara tersebut.Di pantai,mereka nampak semua penduduknya berlari ke sana sini,tiada seorang pun yang berjalan.Dengan suara lantang,Seman menyebut….”Haaa….KAN ADA!”

         Pada masa yang sama kebetulan pemuda berkulit hitam yang sedang berlari sambil mencari idea mencipta nama negara di hari-hari terakhir hukumannya terdengar teriakan Seman yang pantang itu telah mencetuskan idea dan menyelamat dirinya dari di buang negeri.Akhirnya dengan persetujuan para juri negara tersebut dengan rasminya menamakan negara tersebut sebagai “KAN ADA”atau ditulis dalam Bahasa Inggeris CANADA.

         Dengan itu juga layaklah pemuda berkulit hitam tersebut bernama Ben Johnson menjadi menjadi warganegara tersebut dan sekaligus layak mewakili negaranya ke Sukan Olimpik dan telah pun banyak memenangi pingat dalam acara lain.Wallahu Alam…fil Sawab



About the Author

'A' minor


Rating: 2.75

Comments

No comments posted.

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.