2 botol 1 bom
by: Guest
Total views: 415
Word Count: 189
Comment Count: 2
Pada suatu hari,tiga orang penumpang dibawa pergi ke sebuah tempat menaiki kapal terbang.
Lalu penumpang pertama pun berkata kepada pilot : "Saya ada satu botol kaca.Apa patut saya buat?"."Buang sahaja" kata pilot.
Tidak lama kemudian,penumpang kedua pula berkata:"Saya juga mempunyai satu botol kaca.Apa patut saya buat?"."Buang sahaja" kata pilot sekali lagi.
Tidak lama selepas penumpang kedua membuang botolnya,penumpang ketiga pula berkata:"Saya ada sebiji bom.Apa patut saya buat?"."Buang sahaja" kata pilot sekali lagi.
Tidak lama selepas itu mereka pun mendarat. Kemudian mereka terlihat seorang pemuda yang cedera di kepala.
Lalu mereka pun bertanya kenapa dan pemuda itu pun menjawab:"Ketika saya berjalan,sebiji botol terkena kepala saya".
Kemudian mereka terlihat pula seorang mak cik yang cedera di kepalanya juga dan mereka pun bertanya kenapa. Mak cik itu pun menjawab seperti pemuda tadi.
Setelah itu mereka terlihat pula seorang lelaki tua ketawa berdekah-dekah dan mereka pun bertanya kenapa.
Lelaki tua itu pun menjawab:"Pada hari ini,saya pergi ke gerai Pak Mat untuk melantak cekodok. Tiba2 perut saya memulas dan saya pun terus ke tandas yang jauhnya kira2 100 meter dari gerai tadi. Kemudian saya pun melepas dengan bunyi "baaammmm" yang teramat kuat. Tapi yang peliknya gerai tadi terus berkecai"
About the Author
Rating: Not yet rated





