Perjanjian SETAN
by: Joekasanova
Total views: 7445
Word Count: 568
Comment Count: 15
Mak Renah mati kutu,kepalanya rungsing
dan resah memikirkan mimpi ngeri yang asyik menghantui tidurnya setiap malam
jumaat.malam sabtu,mahupun malam raya.Dalam mimpinya,Mak Renah didatangi
seorang lelaki berpakaian serba putih berjambang tebal lagi lebat.Mak Renah
memang kenal benar dengan lembaga lelaki yang acap kali merenungnya tajam dan
bermuka bengis itu.Bila memikirkan mimpi seram yang selalu menghantuinya itu
Mak Renah berasa takut dan menggigil seperti Amid bin Ramid jirannya yang
menghidap demam denggi lagaknya.Kehadiran lelaki berpakaian serba putih dan
berjambang itu begitu mencemaskan hati Mak Renah.Kerungsingannya itu menarik
perhatian Nora anak perempuannya yang sulung itu.Puas Nora bertanya namun Mak
Renah sedaya upaya mengelak.
“Mak penat sangat…tak ada apa nak,” Mak
Renah tahu jawapannya itu tidak mampu mengurangkan kecurigaan Nora.Mak Renah
tidak mahu Nora tahu lebih-lebih lagi melibatkan masa depan anak daranya yang
seorang itu.Mak Renah menyesal akan segala perbuatannnya yang tutut mengheret
anak kesayangannya itu bersama sekali.Mak Renah sedar lambat laun Nora akan
dapat mengetahui dan menerima akibat dari ketelanjurannya membuat perjanjian
dengan lelaki berjambang tebal dan berpakaian serba putih yang selalu hadir
dalam mimpi Mak Renah.
Nora akan menjadi korban lantaran
ketamakan dan nafsu materialistiknya sendiri.Dan hari ini,si lelaki berjambang
itu akan datang menuntut Nora.Tiba tiba Mak Renah kesesakan nafas memikirkannya
dan matanya membengkak terlalu penat untuk ditahan tahan lagi.Mak Renah lelah
dan longlai apabila lelaki berjanggut tebal dan berpakaian serba putih itu
datang setelah sekian lama mengganggu lena Mak Renah.
“Nora terpaksa kau korbankan! Kau tidak
ada masa lagi,” wajah lelaki itu bertindih-tindih terpancar kemarahan yang amat,
sangat.Mak Renah merayu sambil berlinangan air mata.
“Berilah aku masa”
“Tolonglah tuan,,”
Nora tidak tahan melihat emaknya meronta-ronta bagai
kerasukan lagaknya.Entah igauan apa yang menerobos ruang mimpi emaknya
itu.Semenjak kematian ayahnya Pak Hussein Lempoyang kira-kira lima tahun yang
lalu,tidak sekali Mak renah berkelakuan begini.Nora percaya ada sesuatu yang
cuba disembunyikan oleh emaknya.
“Sehingga suatu hari Mak Renah berasa
tidak tertanggung lagi derita didatangi lelaki berjanggut tebal dan berpakaian
putih itu menuntut janji.Mak Renah dalam resah dan ketakutan menjelaskan
perkara sebenarnya kepada Nora dengan perasaan berkecamuk.
“Maafkan mak,,Nora.Maafkanlah mak,,”
“Mengapa mak?” tanya Nora dengan penuh
rasa ingin tahu.
“Sebenarnya mak sudah terlajak kata,,mak
dah melakukan perjanjian dengan……….”
“Nora diam tidak mencelah,membiarkan Mak
Renah menyudahkan cerita dengan payah.Nora sebenarnya sudah sedikit
tahu…..melalui kata-kata yang terpacul dalam igauan Mak Renah.Sedikit sebanyak
Nora mendengar butir halus perkataan yang disebut emaknya.Berderau hati Nora
mendengarnya.
Selepas
itu,Nora banyak berdiam dan menjauhkan diri daripada Mak Renah.Nora
benar-benar mengutuk perbuatan emaknya,namun jiwanya yang panas bertukar
menjadi sejuk sesejuk air milo ais mendengar kata-kata emaknya kali ini.Nora
telah bersedia menanggung segala akibat perbuatan Mak Renah walaupun dirinya
terpaksa dikorbankan jika itu mampu melepaskan emaknya daripada derita sengsara
selama ini.
“Nora anak mak,sebenarnya mak banyak
berhutang kain dengan mamak Pakistan Rasyeed Ali nama diberi yang selalu datang
kerumah kita tu,”
“Sebagai ganti,si Rasyeed Ali tu
berkehendakkan Nora menjadi isterinya.”
Nora ternganga namun dalam hatinya
berbunga ceria, mana tidaknya,mamak Pakistan yang selalu mencuri pandang tiap
kali datang berniaga kain dan permaidani itu bakal menjadi suaminya.Nora
mengalih muka,mengukir senyuman riang…sambil berlari-lari anak ayam ke
bilik.Mak Renah terkebil-kebil.
Sayup kedengaran suara Nora dari dalam
biliknya,
“Nora sudi mak!”
Mak Renah mengurut dada….pasti malam ini
tidurnya akan lena.
SETEL…
About the Author
Rating: 2.00
Comments
tengkiu tengkiu err shah sory yer kalau x leh melawak sila jgn lepak sini key
no SENSE OF HUMOUR LAH!!!
--
aku ade kenal sorang dokter nie nanti aku kenalkan kat penulis cite nie.
--





