Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

Pantun Dilema Kahwin

Share this lawak:

View PDF | Print View
by: ZeMMs
Word Count: 196
Date: Tue, 9 Jan 2007 Time: 12:00 AM
0 comments

Kucing berlari dua tiga,
seekor sembunyi dalam kain,
Umur baru dua puluh tiga,
mak dah bising tanya bila nak kawin.

Ikan haruan masak lemak,
tersekat tulang di anak tekak,
Tak cukup dengan mak,
makcik makcik, nenek-nenek pun tanya jugak.

Kain batik kain basahan,
terkoyak tersangkut di mata joran,
Dulu masa sekolah, mak pesan,
jangan bercinta nanti ganggu pelajaran.

Panau banyak macam peta,
belakang berbelang kena rotan.
Jadi budak baik mendengar kata,
23 tahun tak keluar ngan jantan.

Petang petang mandi kolah,
Rambut mengerbang banyak kutu,
Bila dah habis sekolah,
mak kelam kabut cari kan menantu.

Anak kerbau mati tersepit,
Anak ikan mati di jala,
Pantang tengok lelaki baik sik! it,
asyik cakap 'terima je la'.

Beras ditumbuk di buat bedak,
lesung terjatuh jari terluka,
Bukannya tak ada orang yang hendak,
masalah nyer hati dah tak terbuka.

Kaki tempang jalannya senget,
Buku lali terasa keras,
Masih teringatkan cinta monyet,
masa umur baru empat belas.

Jolok kedondong pakai galah,
jolokkan sekali buah kuini,
Hmm ..apa nak jadi pun jadi lah.
Malas nak pening lalat pikir pasal ni.

Tengah hari tertidur lena,
jam di dinding berdenting dua,
Kalau ada jodoh nanti, tak ke mana.
Cari tak cari ..ke temu jua. Share this lawak:

About the Author


Rating: Not yet rated

Comments

  • Wed, 4 Jun 2008 at 11:52 AM, by ijat77
    cam ade bakatttt je lu ni

  • Wed, 9 Jul 2008 at 9:03 AM, by kieyla
    hahah cam nasib aku gak ni ikut cakap family jgn cintan cintun waktu sekolah

  • Mon, 1 Dec 2008 at 9:34 PM, by zanish
    yelah tu...

  • Wed, 24 Dec 2008 at 12:20 PM, by kipapmanis
    ni cerita pasal lu ke ? mak aih, sedih nye !

  • Add Comment

    You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.