Makna Politik Bagi Seorang Kanak-Kanak
by: ujangcrew
Total views: 502
Word Count: 243
Comment Count: 1
Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk
menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian
bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu. Ayahnya mahukan anaknya
dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah
akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja
untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu
adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di
sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat.
Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang
masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal
itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”. Si
anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang
dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana
mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam.
Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya
sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke
bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan
melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya
ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa
ia sudah mengerti erti “politik”. Pagi harinya, sebelum berangkat ke
sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis
pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para
Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat
diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.
About the Author
Rating:
Not yet rated
Comments
Add Comment
You do not have permission to comment. If you
log in, you may be able to comment.