Kotak Ajaib
by: namzar_83
Total views: 473
Word Count: 240
Comment Count: 8
Di dalam sebuah kampong, tinggal Pak Seman bersama isteri, Mak Lijah, dan anaknya, Lubis. Mereka ini boleh dikatakan ketinggalan zaman (kuno).. Mereka tidak pernah pergi ke bandar kerana kawasan kampong yang mereka tinggal amat jauh dengan bandar dan tidak mempunyai kemudahan untuk ke bandar.
10 tahun sudah berlalu, keadaan kampong sudah menunjukkan perubahan. Kenderaan awam sudah mula memasuki kawasan kampong tersebut.
Pada suatu hari, Pak Seman teringin sangat melihat bandar.. Inilah kali pertama dia dapat melihat keadaan bandar. Jadi dia bercadang untuk membawa keluarganya ke Kuala Lumpur.
Setibanya mereka di Kuala Lumpur, mereka terpegun dengan keindahan di bandar. Mereka tak sabar2 untuk membeli buah tangan untuk dibawa balik ke kampong. Sampai di sebuah Shopping Complex, sedang Mak Lijah seronok ber'shopping', Pak Seman dan anaknya terdengar bunyi pelik...! "ting...!". Pak Seman bertanya kepada anaknya..."bunyi ape tu Lubis...?" Lubis manjawab: " Entah la pak..! Bunyi tu datang dari kotak ni...(sambil tunjuk ke arah lif.)".
Datang seorang nenek tua dengan tongkatnya pergi ke kotak (lif tadi) itu lalu menekan butang.
"ting...!" Pintu kotak tu pun buka.. lalu nenek tua itu pn masuk kedalam. kemudian pintu tu pun tutup.
Pak seman dan anaknya pelik, kemana nenek tua itu hilang?
Tidak lama kemudian kotak itu berbunyi.. "ting...!"
Keluarlah seorang perempuan muda yang lawa dan wangi dari kotak itu. Terkajut besar Pak Seman dan anaknya melihat perempuan muda itu... Lantas Pak Seman berkata.... "Lubis, ko suruh mak ko masuk kat dalam kotak ni, mana tau die bertuka jd muda balik....!"
About the Author
Rating: 5.00
Comments
bagus la klu dh bace....
banyakkan membace,
nescaya hidup akan lebih sempurna...
--



