Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

Aku dan Zeti

Share this lawak:

View PDF | Print View
by: KentangGoreng
Word Count: 432
Date: Fri, 18 Sep 2015 Time: 1:28 PM
0 comments

"You bersiap sekarang. I on the way ambik you"

Zety mengajak aku keluar pergi makan malam bersama. Hati aku dah berbunga kembali. "Jangan-jangan dia dah syok kat aku." perasan aku sendiri dalam hati. Dan dia menyuruh aku dress up kemas dan semat. Hah!apa aku belum cukup semat ke selama ni? Aku menyarung seluar slek Dickies berwarna hitam dan berkemeja purple. Seluruh tubuh badanku disembur minyak wangi berjenama Hugo Boss dari leher hingga ke buku lali. Aku mahu Zety berasa sedap bila terbau tubuh aku yang mewangi. Padahal sebelum ini pergi keluar makan tengahari di kedai bawah rumah itu pun aku tak mandi.

"Mmm... Semat. Macam Zul Arifin. Eh, tak tak. Tak best. macam Galileo Galilei. Haa!" aku bermonolog sendirian sambil cekak pinggang di depan cermin. Tiba-tiba telefon pintar aku pun berbunyi memainkan lagu Sheila On 7. "I dah kat bawah" sedapnya suara Zety sehinggakan aku rasa macam nak ke bilik air sekejap tapi aku batalkan niat tak baik itu. Dengan pantas aku terus lincah turun

Sampai saja di bawah, Zety berada di dalam kereta Proton Persona berwarna hitam melambai aku. Zety juga memakai dress serba hitam. Ya, aku bukannya suka menaiki kereta. Aku lebih selesa menunggang motorsikal Honda Ombakku. Tapi demi Zety, aku turutkan jua. Manakan tahu kalau dah qada dan qadar tertulis sekejap lagi Zety ingin memegang kepala gear, terpegang peha aku.

"Kita nak makan kat mana ni?" aku tanya dengan nada seperti pelakon drama. Zety pandang aku dan cuma senyum. Amboi, manisnya senyuman Zety. Lempang karang baru tau. "You ikut je" dia balas pendek. Aku pun seakan rela dibawa ke mana saja. Ingin saja tangan aku membelai rambut Zety di celahan telinga kirinya seperti di dalam video klip lagu-lagu rock jiwang, tapi aku risau ianya akan mengganggu corak pemanduan Zety dan boleh jadi akan menyebabkan kami berdua dress up serba putih jika berlaku kecelekaan

Kami berdua pun sampai ke tempat yang dituju. Aku rasa pelik, kami bukanlah pergi ke sebuah restoran tapi tempatnya seakan di dalam dewan. Ada banyak meja bulat yang sudahpun dihidangkan makanan di atasnya. Ramai yang sudah duduk seperti menunggu waktu makan tiba. Kami mencari kerusi yang kosong untuk diduduki. Agak biadap pula jika kami duduk di atas riba orang. Orang ramai di situ pula semuanya pakai serba kemas. Ada yang berkot, ada yg bertali leher, ada yg berkemeja seperti seorang eksekutif. Aku mula rasa tak sedap hati. Tiba-tiba...

"Apa Kaba Usahawan luxor semua?!"

Dan kesemua di dalam dewan itu bangun dan balas jawab serentak,

"Luar Biasa Baik!"

Aku terperangkap! Aku pandang Zety dengan rasa geram sehingga menggigil.Aku menggenggam erat jari-jemariku. "Ah tak guna punya perempuan"

Share this lawak:

About the Author

wan perlis


Rating: Not yet rated

Comments

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.